Tuesday, 26 January 2016

NOTA LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1 (SATU)

NOTA LITERASI KOMPUTER 
TINGKATAN 1 (SATU)

SOALAN KUIZ


1.0 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER (MURID)




  1. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan yang diberikan dari semasa ke semasa.
  2. Mendapat kebenaran dari penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan kemudahan makmal komputer.
  3. Meninggalkan kasut dan stokin di bahagian luar makmal komputer.
  4. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan peralatan komputer.
  5. Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.
  6. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan cetakan.
  7. Pelajar dilarang memasuki Bilik Server.
  8. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada Buku Log Penggunaan Komputer.
  9. Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan segera.
  10. Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal komputer tanpa kebenaran.
  11. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman.
  12. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.
  13. Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer dan pastikan tiada sampah semasa meninggalkan makmal komputer.
  14. Pelajar dilarang menyentuh sebarang sambungan wayar pada komputer atau sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sebarang kerosakan.
  15. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu dan penghawa dingin ditutup mengikut kesesuaian masa.
  16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

2.0 PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang. 


2.1 KOMPONEN SISTEM KOMPUTER 





Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan (hardware), perisian (software), dan akhir sekali pengguna (user). 



2.1.1 Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan computer iaitu unit input, unit pemproses, unit output dan unit storan. 






2.1.2 Perisian ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakannya. Ia juga dikenali sebagai program iaitu set arahan yang mengarahkan komputer langkah demi langkah melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan. Terdapat dua kategori perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.



2.1.2.1 Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer. Contohnya ialah seperti diatas iaitu DOS, UNIX, Operating System dan sebagainya.



2.1.2.2 Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Contoh kita boleh nyatakan banyak seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access, Notepad, Frontpage Express, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, dan banyak lagi.

Terdapat lima (5) kategori perisian aplikasi, iaitu ;-
  1. Pemproses Perkataan (Word ProcessingMicrosoft Word
  2. Lembaran Elektronik (Electronic SpreadsheetMicrosoft Excel
  3. Pengurusan Pangkalan Data (Database ManagementMicrosoft Access
  4. Grafik (GraphicsMicrosoft Power Point, Adobe Photoshop
  5. Komunikasi (Communication) Netscape, Neoplanet, Internet Explorer 

2.1.3 Pengguna atau Pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem komputer.
  1. Operator Kemasukan Data - menyelesaikan data untuk pemprosesan.
  2. Operator Komputer - mengawasi komputer, mengkaji prosedur dan memastikan peralatan periferal sentiasa berfungsi.
  3. Pustakawan - menkatelog dan menyimpan cakera serta pita.
  4. Pengatur Cara Komputer - mereka bentuk, menulis, menguji, dan melaksanakan program komputer.
  5. Juruanalisa Sistem - berpengetahuan dalam pengaturcaraan, mereka, merancang dan mereka bentuk sistem komputer .
  6. Pengurus - pengurus perlu memahami matlamat dan operasi organisasi serta teknologi komputer .
  7. Pengurus Rangkaian - melaksanakan dan meyelenggara rangkaian

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER





Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

3.1 Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output. 

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta. 

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

3.2 Selepas tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

GENERASI KETIGA (1964-1980) 
GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang) 
GENERASI KELIMA (masa depan)




3.3 GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe). Ia menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. Ia juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak. 

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.

Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. Ia berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. Ia dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan didalam storan utama. Ia menggunakan nombor binari. 

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. Ia lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia juga menggunakan raksa untuk storan.



3.4 GENERASI KEDUA (1959-1964)


• Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya.
• Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam".
• Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.
• Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

2.0.2 Generasi Kedua (1959 - 1964)

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.

9. Kelebihan transistor ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.


2.0.3 Generasi Ketiga (1964 - 1970)

1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
7. Kelebihan Cip IC ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.



2.0.4 Generasi Keempat (1971 -1999)

1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.


2.0.5 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium III
b. Pentium III Xeon

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.