.

Wednesday, 31 July 2013

31 Julai, Hari Pahlawan


Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hari Pahlawan disambut oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia setiap tahun, bermula daripada Ogos 1968.

Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara. Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air.
Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan.

Sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Marilah kita bertafakur dan membaca al-Fatihah sempena memperingati wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Dikemaskini oleh Hanif Menhad

sambutan hari pahlawan 2013

UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Labis telah dibuka pada tahun 1999. Program ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran di kelas biasa.Pada peringkat awal ditubuhkan terdapat satu kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Pada tahun 2000 kelas Pendidikan Khas telah diubahsuai. Kelas dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu ruangan untuk sesi pembelajaran ,bilik pengurusan diri dan dapur.
Program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran yang dibuka di SMKL terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah slow learner, autisme, hiperaktif, ADHD dan masalah pertuturan. Sehingga 2008 kelas Pendidikan Khas telah dibuka sebanyak 3 kelas. Pelajarnya telah bertambah seramai 20 orang . Bilangan guru pula seramai 5 orang. Program-program yang telah dijalankan di Kelas Pendidikan Khas adalah seperti Program Transisi iaitu terdiri daripada program perkebunan,masakan,mencetak baju dan juga akademik. Program pendidikan Khas telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutama daripada pihak Pentadbir Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar.



Organisasi Pentadbiran : Unit Pendidikan Khas

PENGETUA
PENOLONG KANAN 1

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Pn Hjh. Norhaya Binti Mohd Salleh

PENYELARAS
Pn. Noorainy Binti Noh


SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLIJAWATANKUASA

MATLAMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
Kelas Pendidikan Khas pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


KONSEP
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah satu program khas yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran bagi umur 7 hingga 14 tahun (sekolah rendah) dan 14 hingga 18 tahun (sekolah menengah).


OBJEKTIF
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran membolehkan murid:

1. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian
2. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus
3. Menggunakan bahsa yang sesuai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
4. Menguasai kemahiran kognitif
5. Mengamalkan adab dan akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika mengikut tahap kebolehan individu
8. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi.


VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan pendidikan yng berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadi insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai kanak-kanak kategori :
1. Sindrom Down
2. Perkembangan Lambat
3. Celebral Palsy (ringan)
4. Terencat Akal Ringan (ringan)
5. Hiperaktif (ringan)
6. Hipoaktif (ringan)
7. Masalah Tingkah Laku (ringan)
8. Autisme Ringan
9. Masalah Emosi (ringan)
10. Penumpuan Singkat (Attention Deficit Disorder-ringan)
11. Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

pendidikan khas smk labis

Monday, 29 July 2013

KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI

Kenapa Alif tak rehat? 
"Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya datang ke kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu." Jawab alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ini saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah. Mata saya dah berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

P/S: Boleh SHARE supaya kita dapat jadikan pengajaran dan supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi yang lebih susah di luar sana :)
  
kisah 50 sen yang menyentuh hati


Thursday, 25 July 2013

DOWNLOAD BANK SOALAN PEPERIKSAAN

DOWNLOAD BANK SOALAN PEPERIKSAAN

LINK


BIDANG DAN PANITIA MATAPELAJARAN

BIDANG DAN PANITIA MATAPELAJARAN

Pakej Yang Ditawarkan di Tingkatan 6


BAHAGIAN PENTADBIRAN: TINGKATAN 6



BAHAGIAN PENTADBIRAN: TINGKATAN 6/ UNIT PRAUNIVERSITI









Pakej Matapelajaran Tingkatan 6 Yang ditawarkan di SMK Labis:

Jurusan Sains

900 Pengajian Am
954 Mathematics T
962 Chemistry
960 Physics / 964 Biology

Jurusan Kemanusiaan
> Pakej 1
900 Pengajian Am
946 Pengajian Perniagaan
910 Bahasa Melayu
940 Sejarah

Pakej 2
900 Pengajian Am
946 Pengajian Perniagaan
944 Ekonomi
942 Geografi


Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
ass="MsoNormal">
900 Pengajian Am
910 Bahasa Melayu
911 Bahasa Cina
912 Bahasa Tamil
913 Bahasa Arab
920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
922 Kesusasteraan Melayu
930 Syariah
931 Usuluddin
940 Sejarah
942 Geografi
944 Ekonomi
946 Pengajian Perniagaan
948 Perakaunan
950 Mathematics S
954 Mathematics T
956 Further Mathematics T
958 Computing
960 Physics (Fizik)
962 Chemistry (Kimia)
964 Biology (Biologi)
966 Sains Sukan

970 Seni Visual

Nota: Tiada

..........................................................................................................

Unit Kokurikulum Prauniversiti SMK Labis

PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM

   Sukan dan Permainan

   Badminton
   Bola Jaring
   Bola Tampar
   Futsal

   Kelab dan Persatuan MPT6

   Unit Uniform PISPA



..........................................................................................................


BAHAGIAN PENTADBIRAN: KOKURIKULUM

BAHAGIAN PENTADBIRAN: KOKURIKULUM



Siaran Baharu:

Modul Eksplorasi Kokurikulum Impak Tinggi

Siaran Takwim Majlis Sukan Sekolah Daerah Segamat, MSS Johor & MSS Malaysia 2017

 Guru-guru, sila download contoh file softcopy berikut (klik pada tajuk):

Status Perlaksanaan Program (daripada Pn Siti Rugayah)

 ps: unit ict sekarang menggunakan rungan ini untuk semua guru / staf men-download bahan-bahan contoh softcopy bagi memudahkan. platform mediafire adalah sejenis storan secara atas talian yang percuma dan mudah digunakan dan peruntukan 10GB adalah lebih besar berbanding platform dropbox iaitu hanya 2GB.





Unit Kokurikulum Sedang Membangun Database Koko di dalam DropBox.Com SMK Labis di dalam Folder KOKO @ KOKO 2014. Sila gunakan


email : smklabissegamat@gmail.com
password : 1-00

Jika ada sebarang masaalah, sila hubungi cikgu hanif untuk login masuk ke dropbox.com