.

Thursday 25 July 2013

LATAR BELAKANG SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABIS

Sejarah SMK Labis bermula dengan tahun 1965 di mana SMK Labis pada tahun itu hanya terdiri daripada dua blok bangunan yang telah using di atas sebidang tanah yang luasnya hanya 3 ekar sahaja. Bangunan ini aslanya terletak di kawasan Pekan Labis, Jalan Tenang. Namun begitu, dengan usaha yang penuh gigih dan dedikasi daripada pengetua sekolah yang pertama iaitu Encik Long Seng Hui, pentadbiran sekolah bertamabah maju. Bilanaga pelajar juga turut bertambah, iaitu melebihi 400 orang.
Pada tahun 1972, Encik Quek Sze Kwee telah mengambil alih tugas sebagai pengetua. Beliau juga telah banyak member sumbangan dalam usaha untuk memajukan sekolah dengan kerjasama daripada semua pihak.
Pada tahun 1976, SMK Labis telah dibina dikawasan Jalan Muar. Disebabkan bilangan pelajar yang semakin ramai, permohonan untuk mendapatkan beberapa jenis kemudahan di sekolah telah diluluskan. Di antaranya, kemudahan bilik darjah, sebuah bilik seni perusahan, sebuah padang dan pagar sekolah.
Pada tahun 1980, di bawah pimpinan Encik Eng Teck Hong, bangunan Blok C ynag boleh menempatkan 12 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, dua buah makmal, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik sumber dan tandas telah dibina.

Pada tahun 1989, sekali lagu projek pembangunan untuk membina bangunan sekolah telah siap dibina. Selain daripada itu, sebuah sudut bacaan dan sebuah gelanggang permainan serbaguna turut dibina untuk kemudahan pelajar.
Pada 16 Februari 1991, sekolah ini telah dinaikan tarafnya daripada gred C kepada gred B. Jawatan pengetua pada ketika itu Encik Eng Teck Hong telah digantikan oleh Encik Ismail Bin Md Jalis. Pada tahun 1993, sekolah ini telah dinaikan taraf kepada gred A. Jawatan pengetua kemudiannya dipangku oleh Encik Hamidon Bin Ismail.
Pada bulan Mac 1996, Encik Mat Yusof Bin Kassim memulakan perkhidmatannya sebagai pengetua sekolah yang baru pada ketika itu.
Pada Mac 1998, jawatan pengetua telah disandang oleh Encik Tuan Haji Wan Abdul Samad Bin Wan Ishak, namun begitu pada tahun 2000, jawatan ini telah disandang oleh Encik Usop Bin Dani iaitu Guru Penolong Kanan 1 merangkap Pengetua sehingga 25 Ogos 2003. Pada tahun 2000 juga, pembangunan fzikal sekolah ini semakin bertambah. Dua buah blok baru telah dibina iaitu Blok F dan Blok G. Bangunan baru ini menempatkan beberapa buah bilik darjah, beberapa buah makmal yang lengkap, sebuah bilik audio-video, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik mesyuarat.
Pada tahun 2003, SMK Labis telah mencatatkan beberapa sejarah, antaranya ialah memulakan sesi persekolah satu sesi dan membuka tiga buah kelas sastera untuk Tingkatan 6 Rendah. Pada bulan Ogos 2003, jawatan Penolong Kanan 1 merangkap Pemangku Pengetua telah diambil alih oleh Puan Noor Hashimah Bte Haji Hassan. Beliau merupakan guru lama yang telah berkhidmat di SMK Labis ini. Beliau dibantu dengan semua warga sekolah SMK Labis, melakukan beberapa perubahan, antaranya adalah meningkatkan kecerian sekolah, mengubahsuai sebuah Blok Bengkel Kemahiran Hidup menjadi sebuah surau yang diberi nama surau ‘Al-Falah’ .Beberapa buah kelas telah diubahsuai menjadi sebuah makmal computer. Disamping itu, beliau amat menekankan program-program meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Pada tahun 2004, SMK Labis telah mencatat satu lagi sejarah apabila buat pertama kalinya calon-calon STPM telah menduduki peperiksaan. Selepas beberapa tahun sekolah ini tidak mempunyai pengetua, jawatan ini telah diisi oleh seorang pengetua wanita yang berbangsa Cina iaitu Cik Pee Siew Kein mulai Tahun 2005. Beliau telah mengisi jawatan pengetua yang kosong selama 5 tahun. Cik Pee telah menunjukkan kebolehan beliau melalui beberapa cetusan idea yang positif.pada tahun 2005 juga Sekolah Menengah Kebangsaan Labis telah memulakan kelas Tingkatan 6Reandah aliran Sains dan selepas itu sekolah ini mendapat anugerah Lonjakan Saujana dan Sekolah Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan SPM 2006.
Seluruh warg SMK Labis amat bersyukur di atas kejayaan ini. Tanggal 28 Mac 2007, Pengetua SMK Labis telah bersara dan tempatnya digantikan oleh Puan Hajjah Fauziah Bt Mansor. Dibawah kepimpinan beliau, Puan Hajjah Fauziah telah meneruskan agenda pemantapan prestasi pelajar serta perkhidmatan guru-guru SMK Labis menjadi semakin baik. Pada 1 Februari 2008, Puan Hajjah Fauziah telah berpindah ke SMK Tenang Stesen sebagai Pengetua, manakala kekosongan jawatan pengetua telah diisi oleh Tuan Haji Misman Satimin. Di dawah pengurusan dan pentadbiran belia, dengan azam, semanagat, visi dan misi sekolah yang baru beliau menyuntik idea-idea yang baru. Antaranya pengubahsuaian bilik mesyuarat yang baru berhampiran dengan Blok Pentadbiran. Hal ini bagi melicinkan lagi pengurusan pentadbiran SMK Labis. Namun, belum sempat beliau mencurahkan bakti di sekolah ini, beliau berpindah ke SMK Dato Bendara Dalam, Segamat.
Kemudian, jawatan pengetua digantikan pula dengan Puan Hajjah Muriatun Bt Mohd Said pada tahun 2008. Di bawah naungan beliau, budaya kerja cemerlang diterapkan dalam setiap aktiviti mahupun program sekolah. Tetapi, beliau hanya berkhidmat sehingga pertengahan tahun sahaja dan berpindah ke Smk Dato Bentara Dalam.
Setelah itu, jawatan pengetua di SMK Labis telah diambil alih oleh Tuan Haji Othman  Bin A. Rahman yang merupakan pengetua SM Felcra Bukit Kepong sebelum ini. Ketika beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau banyak menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar supaya sentiasa menghormati guru-guru dan ibu bapa.selain itu, beliau juga seorang pengetua yang berhati lembut dan pemurah. Sepanjang di bawah naungan beliau, prestasi keputusan SPM dan Stpm pada tahun 2011 amat menggembirankan pihak sekolah. Tetapi, perkhidmatan beliau di sekolah ini hanya beberapa bulan sahaja kerana beliau telah pergi meghadap Ilahi akibat dari serangan kanser. Namun begitu, SMK Labis tidak patah semangat dan meneruskan perjuangan mentadbir sekolah ini dengan barisan pentadbir yang cekap dan mahir dalam hal menguruskan sekolah. Jadi, Tuan Haji Anuar Bin Embong iaitu GPK 1 sekolah ini telah mengambil alih kuasa pengetua sebagai pemangku pengetua. Setelah itu, selang beberapa bulan, SMK Labis menerima seorang pengetua baru dari SMK Muar iaitu Tuan Haji Amat Paijan Bin Saruwal. Perkhidmatan beliau disekolah ini masih lagi baru dan diharap beliau dapat menjalankan tugassnya sebagai pengetua sekolah dengan baik sekali. Akhir kata, semoga sekolah ini akan terus cemerlang dan terbilang dengan mempunyai pelajar yang berdisplin serta dapat menimba ilmu untuk mencapai cita-cita dengan bantuan daripada para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Labis ini. 


FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Labis adalah merupakan satu usaha berterusan bagi mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepada potensi individu selaras dengan konsep perpaduan, perkhidmatan penyayang, sekolah penyayang, budaya ilmu, budaya cemerlang, dan permuafakatan berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan insane yang berpengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, amanah dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri kearah pengisian wawasan pendidikan secara murni dan luhur bagi memenuhi keperluan masyarakat dan Negara.


MATLAMAT SEKOLAH

Matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Labis adalah :
·         Prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan awam pada tahap yang cemerlang.
·         Prestasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada tahap yang cemerlang.
·         Sahsiah dan disiplin kendiri pelajar adalah pada tahap yang cemerlang.
·         Iklim persekitaran sekolah adalah pada tahap ceria, bersih dan selamat.
·         Pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap yang berkualiti dan berkesan.


VISI

Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Labis adalah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Labis Menjadi Sekolah Terunggul Penjana Generasi Terbilang



MISI

Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Labis adalah :

Mengurus Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Melalui Penggemblengan Sumber Secara Optimum


PIAGAM PELANGGAN SMKL

Kami selaku warga pendidik SMKL berjanji untuk :
  • Mendidik, membimbing dan member perangsang kepada para pelajar dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi dan mesra.
  • Bekerjasama menerima idea dan pandangan serta bertindak segera untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Sentiasa boleh dihubungi dan melayan pelanggan dengan berhemah.
  • Bekerjasama melaksanakan segala arahan daripada kerajaan demi untuk kemajuan bidang pendidikan.



LENCANA SMK LABIS



MOTTO
Otak Cerdas di Badan Sihat

WARNA
Hijau, Perang, Kuning dan Putih

TAFSIRAN
  • Lencana ini telah menggunakan bentuk bujur buah kelapa sawit sebagai bentuk asasnya.
  • Bentuk mata pena yang menghala kea rah atas menggambarkan kepentingan ilmu pengetahuan.
  • Bentuk daun getah yang berwarna hijau dan pelepah kelapa sawit berwarna perang membawa maksud latar belakang sekolah ini yang dikelilingi pokok-pokok getah yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
  • Warna kuning pula membawa maksud masa hadapan yang gemilang.
  • Warna putih diantara daun getah dan kelapa sawit member erti kesucian jiwa dan nilai-nilai murni yang perlu dijadikan sebagai amalan untuk mencapai kecermelangan hidup.



IKRAR PELAJAR

Kami pelajar SMKL dengan penuh kesedaran mengaku bahawa kami
bertanggungjawab mewujudkan budaya sekolah yang positif,
meninggikan imej dan prestasi SMKL,
mencapai dasar dan objektif SMKL iaitu
kecermelangan akademik dank o-kurikulum.
Dengan ini, kami berikrar bahawa kami
akan mengamalkan, menghayati dan menjiwai prinsip-prinsip rukun negara,
mematuhi peraturan kementerian dan sekolah.
Menghormati masyarakat sekolah, pekerja, guru, pelajar, pelawat dan pentadbir.
Berjasa setiap masa.
Belajar bersungguh-sungguh dan aktif dalam kegiatan-kegiatan SMKL.
Sesungguhnya, inilah ikrar kami selama kami menuntut di
Sekolah Menengah Kebangsaan Labis.


BENDERA SEKOLAH

Bendera SMK Labis ini telah direka khas pada tahun 1982. Bendera ini berukuran 160 cm x 95 cm. Pada bendera ini terdapat tiga jalur iaitu dua jalur berwarna hijau dibahagian atas dan bawah dan jalur berwarna jingga dibahagian tengah bendera. Jalur warna hijau melambangkan kesuburan akhlak dalam kalangan pelajar, manakala jalur berwarna jingga pula melambangkan semangat pelajar yang membara. Ketiga-tiga jalur ini mempunyai saiz yang sama dan membawa maksud kepada setiap individu perlu memainkan peranan yang sama penting demi menjaga kemajuan sekolah. Di tengah bendera pula di letakkan lambang lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Labis pada tengah bendera tersebut.

LAGU SEKOLAH

Bersama kita semua
Tekad bersatu hati
Harmoni jadi amalan
Asa untuk kejayaan
Otak cerdas di badan sihat
Itulah cogan kita
Marilah kita tepati
Disiplin ditingkatkan
Inilah janji kami
Pelajar SM Labis
Demi ibu pertiwi
Maju dan terus Berjaya
Maju dan terus berjaya



Sila Ke Link Ini Untuk Mendengar Lagu SMK Labis (LAGU SMK LABIS





***

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.