Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara. Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air.
Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan.
Sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Marilah kita bertafakur dan membaca al-Fatihah sempena memperingati wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
Dikemaskini oleh Hanif Menhad
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.