.

Monday 21 August 2017

KOLABORATIF MERENTAS DAERAH PERINGKAT NEGERI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017

Kolaborasi Merentas Daerah Peringkat Negeri Johor, Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017
Tema: Negaraku Sehati Sejiwa

Link Program Sebenar Kolaborasi Tarikh: 22 Ogos 2017, Selasa, 0820-0920 pagi

Link Program Pra Kolaborasi
Tarikh: 15 Ogos 2017, Selasa, 0820-0920 pagi

PENGENALAN PROGRAM
Kolaborasi Merentas Daerah Peringkat Negeri Johor, Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017
TEMA
Negaraku Sehati Sejiwa
OBJEKTIF PdPc
  1. Murid menceritakan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Murid menyenaraikan kandungan Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan
KRITERIA KEJAYAAN
  1. Murid dapat menjawab soalan quizizz berkaitan pemasyhuran kemerdekaan dengan betul sekurang-kurangnya 9 soalan dari 10 soalan.
  2. Murid dapat membuat peta minda ithink pelbagai arah 6 isi kandungan dokumen pemasyhuran kemerdekaan dalam 6 kotak yang disediakan dengan betul.
TENTATIF PROGRAM
8:20 - 8:30 Set Induksi (10 Minit)
8:30 - 8:45 Peristiwa Perisytiharaan Merdeka (15 Minit)
8:45 - 9:00 Malaysia - London (15 Minit)
9:00 - 9:15 Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan (15 Minit)
9:15 - 9:25 Penilaian (10 Minit)
9:25-9:30 Refleksi (5 Minit)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Datang
Ke
Laman Pembelajaran PdPc Merentas Daerah
Peringkat Negeri Johor
  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PANDUAN PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN
  1. Pertama sekali saya (admin/ penyelaras) harap semua sekolah ada melibatkan pegawai PKG zon sekolah dalam kolaborasi ini.
  2. Pastikan murid-murid telah melihat site jba3052.1bestarinet.net/merdeka60 sebelum hari selasa supaya mereka boleh baca apa yang perlu mereka buat. Tidak perlu buat puzzle, padlet, quizizz, google form dan lain-lain, hanya untuk tinjauan awal.
  3. Hari selasa ini saya akan bagi 3 link google hangouts. klik 1 link sahaja. sekiranya link satu dah penuh klik link kedua, sekiranya link kedua pun penuh klik link 3. Guna email gmail bukan email ID Yes.
LANGKAH 1
APLIKASI GOOGLE HANGOUTS
  1. Sekolah yang terlibat perlu guna web browser ‘chrome’, pastikan cikgu dah login akaun gmail.
  2. Pastikan juga laptop atau computer yang cikgu gunakan ada webcam.
  3. Klik link yang saya bagi samada di telegram atau di akaun gmail masing-masing yang telah didaftarkan pada pautan yang saya berikan.
  4. Apabila telah Berjaya masuk hangouts, sila OFF microphone pada hangouts masing-masing kecuali di SK Lok Heng Selatan sahaja.
  5. Sebaik-baiknya cikgu sambungkan laptop cikgu pada LCD Projektor untuk Nampak paparan yang lebih besar hangouts kita.
  6. Juga kalau boleh ada lagi satu LCD Projektor dengan laptop yang lain untuk paparkan site jba3052.1bestarinet.net/merdeka60 dengan paparan yang lebih besar.
LANGKAH 2
  1. Pastikan setiap murid ada notebook yang ada line internet. mintak mereka bukak chrome dan taip pada URL  jba3052.1bestarinet.net/merdeka60
  2. Buat pembahagian kumpulan mengikut kesesuaian cikgu samada 5 orang satu kumpulan serta nama kumpulan.
  3. Untuk menjimatkan masa, Sebelum mula sesi PdPc, murid-murid diminta untuk klik link "Join Quizizz" di bawah dan masukkan nombor kod yang diberikan oleh guru serta nama dengan dimulai singkatan nama sekolah seperti berikut:
Bil
Sekolah
Kod
1
SK (F) Lok Heng Selatan, Kota Tinggi
SKLHS Abdullah Bin Abdullah
2
SK Convent Muar
SKCM Abdullah Bin Abdullah
3
SK Seri Utama
SKSU Abdullah Bin Abdullah
4
SK Bandar Batu Pahat  
SKBBP Abdullah Bin Abdullah
5
SK (2) Kuala Ampang
SK2KA Abdullah Bin Abdullah
6
SK Taman Bukit Mewah
SKTBM Abdullah Bin Abdullah
7
SK Sawah Ring, Tangkak
SKSR Abdullah Bin Abdullah
8
SK Teriang, Mersing
SKT Abdullah Bin Abdullah
9
SK Seri Pantai, Mersing
SKSP Abdullah Bin Abdullah
10
SK Bakri Batu 5, Muar
SKBB5 Abdullah Bin Abdullah
11
SK Parit Raja
SKPR Abdullah Bin Abdullah
12
SMK Labis, Segamat
SMKL Abdullah Bin Abdullah
13
SK Sungai Abong
SKSA Abdullah Bin Abdullah
14
SK Taman Bukit Indah
SKTBI Abdullah Bin Abdullah
15
SK Bandar, Kota Tinggi
SKBKT Abdullah Bin Abdullah
16
SK Kampung Melayu, Kluang
SKKM Abdullah Bin Abdullah
17
SK Kulai, Kg Melayu, Kulai                  
SKK Abdullah Bin Abdullah
18
SK Pekan Air Panas, Labis                  
SKPAP Abdullah Bin Abdullah
19
SK Taman Kota Kulai 2, Kulai              
SKTKK2 Abdullah Bin Abdullah
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
  1. Selepas itu kembali ke laman site pembelajaran kita tadi dan tunggu arahan guru.
  2. Untuk Penilaian - google form, Pemakaian nama seperti di atas perlu digunakan.
  3. Pembahagian Aktiviti Berkumpulan dan Individu Seperti Berikut:
  • Aplikasi cantum puzzle - Aktiviti Individu
  • Aplikasi Padlet untuk maklumbalas - Aktiviti Individu
  • Aplikasi QR Code - Aktiviti Ketua Kelas sahaja
  • Aplikasi Quizizz - Aktiviti Individu
  • Aplikasi Google Map - Aktiviti Berkumpulan
  • Aplikasi Google Slide - Aktiviti Berkumpulan
  • Aplikasi Google Form (Penilaian) - Aktiviti Individu
  • Aplikasi Padlet Refleksi PdPc - Aktiviti Individu
SET INDUKSI
  1. Cantuam Puzzle -  murid klik link cantum puzzle, cantumkan sehingga jadi gambar yang betul.
  2. Lepas tu baca 3 soalan yang diberikan dan jawab di aplikasi padlet, link tu ada kat bawah soalan.
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI PADLET
  1. Lepas klik link padlet, double klik pada bahagian kosong padlet atau klik pada symbol bulat warna pink yg ada tambah warna putih, nanti akan keluar title, write something. Pada title letak nama guna system yg diajar sebelum ini iaitu nama singkatan sekolah kemudian baru nama murid, write something buat macam ni Jawapan 1, Jawapan 2, Jawapan 3.
  2. Bila dah siap klik sekali di luar kawasan title.
  3. Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas, seorang wakil kelas akan pergi ke laptop cikgu dan akan “right click” dengan menggunakan mouse gambar QR Code pada site pembelajaran pada bahagian set induksi dan save kat desktop. Kemudian murid itu akan klik pada link laman web scan qr code https://qrscanneronline.com/ Pada laman web ini murid akan klik “upload QR Code Image” dan cari gambar QR Code yang telah di simpan di desktop dan double click. Nanti akan muncul jawapan bagi 3 soalan tadi, wakil murid itu perlu baca dengan kuat. QR Scanner Online - Scan a QR-Code online without a app. QR-Code scanner online will work on mobile devices like Android or iOS. Scan your QR code online in your Chrome, Safari or Firefox browser.
AKTIVITI
PERISTIWA PEMASYURAN KEMERDEKAAN
  1. Guru play video di Youtube dan murid menyaksikan video tersebut di layer screen.
  2. Kemudian murid pergi ke halaman Quizizz tadi yang telah dimasukkan kode dan nama.
  3. Jawab quiz sehingga habis.
AKTIVITI 2
MALAYSIA - LONDON
Ini adalah aktiviti berkumpulan. Untuk aktiviti ini hanya memerlukan dua Notebook sahaja iaitu satu untuk aktiviti dan satu lagi untuk membaca arahan dan langkah-langkah yang diberikan.  
Sila lantik jawatankuasa berikut iaitu:
  1. Ketua kumpulan.
  2. Pembaca arahan gerak kerja.
  3. Penaip di Google Map.
  4. Penaip dan uploader gambar di padlet.
  5. Penyusun meja dan kerusi
LANGKAH AKTIVITI
  1. Klik link Laman Google Map di bawah.
  2. Taip perkataan "London" di bahagian "search google maps" dan tekan "enter".
  3. Klik button "Directions".
  4. Taip "Johor" pada bahagian "choose starting point" dan tekan "enter".
  5. Buat snipping tool pada keseluruhan peta seperti di bawah dan save di desktop gambar itu.
  6. Klik ke Padlet dengan link di bawah dan masukkan gambar tadi di dalamnya.
  7. Selamat mencuba
AKTIVITI 3
KANDUNGAN PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
  1. Cikgu tanyangkan video youtube itu atau suruh murid baca je kat teks bawah video youtube tu.
AKTIVITI BERKUMPULAN
  1. Guru perlu membahagikan murid dalam kelas dalam beberapa kumpulan.
  2. Tiga notebook yang diperlukan dalam aktiviti ini. Notebook untuk tulis peta minda dan dua notebook untuk cari maklumat.
  3. Lantik ketua kumpulan, penaip, pencari maklumat, penyusun meja dan kerusi dan sebagainya serta berikan nama kumpulan anda.
  4. Klik link di bawah mengikut nama sekolah masing-masing dan pilih slide nombor kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru serta tulis nama kumpulan anda.
  5. Tajuk peta minda ialah "Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan"
  6. Masukkan maklumat dalam kotak yang disediakan dengan ayat yang ringkas.
  7. Setelah siap dan ada masa boleh cantikkan peta minda dengan warna dan sebagainya.
PENILAIAN
  1. Murid klik link penilaian – google form quiz
  2. Murid masukkan nama dan nama sekolah.
  3. Jawab soalan hingga habis dan klik button submit / kirim.
  4. Jika ingin melihat keputusan, sila klik link “view your score”
REFLEKSI
  1. Murid menggunakan padlet.
  2. Seperti biasa murid pada bahagian ‘title’ tulis nama sekolah dan nama sendiri, bahagian ‘write something’ tulis apa yang murid-murid dapat belajar hari ini.
-Tamat-
LaporanBergambar