Untuk mengetahui pelbagai kursus yang ditawarkan secara atas talian oleh SPL KPM, guru-guru dan AKP boleh lah ke laman web SPL KPM. Sila klik di sini
.................................................
Updated: Frog Vle Sudah tidak diguna pakai dalam KPM sejak penghujung tahun 2019.
Objektif: Menghasilkan laman e-pembelajaran di site Frog Vle.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru².
E-SPLG KPM SMK Labis menganjurkan satu latihan pembelajaran secara atas talian (online).
Guru-guru dikehendaki menlengkapkan modul pembelajaran mengikut video yang telah disediakan.
Langkah demi langkah sudah disediakan bagi memudahkan guru² menghasilkan laman e-pembelajaran sesuai untuk satu sesi 30 minit hingga 60 minit pdpc. Di akhir kursus ini diharapkan para guru dapat menghasilkan laman e-pembelajaran di platform site Frog Vle.
Guru-guru hanya perlu mengikut langkah yang sudah ditunjukkan.
Langkah paling mudah ialah guru perlu men-download terlebih dahulu video tersebut supaya dapat gunakan kaedah PLAY & PAUSE supaya tidak ketinggalan semasa mengikuti kursus ini. Selepas memahami konsep e-pembelajaran ini, maka guru² bolehlah mengikuti kursus ini di mana-mana sahaja. Terpulang kepada guru-guru yang ingin melengkapkan tugasan ini bila dan di mana.
Selepas lengkap menghasilkan laman e-pembelajaran site frog vle, langkah terakhir ialah untuk guru-guru share kepada semua guru dan pelajar (langkah ini ada ditunjukkan di dalam video). Dengan ini, penyelaras dan SU SPLG juga akan dapat melihat hasil laman e-pembelajaran yang telah siap dihasilkan.
Saranan untuk mengikuti kursus ini adalah untuk guru-guru mencukupkan jumlah mata kredit (minimum 42) melalui kursus e-pembelajaran (maksimum 15) myPPB Sistem Pengurusan Latihan SPL KPM.
Akhir sekali, guru-guru perlu mengisi sendiri markah di bahagian aktiviti-aktiviti di dalam Modul Individu SPL KPM dan memaklumkan kepada SU SPLG untuk disahkan.
Sila ke link ini untuk berbuat demikian:
Berikut adalah link modul video kursus e-pembelajaran:
https://youtu.be/RE47LS5o1dQ
Jika ingin men-download video supaya dapat digunakan secara offline, sila ke link berikut:
https://ssyoutube.com/watch?feature=youtu.be&v=RE47LS5o1dQ
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.