.

Wednesday 31 July 2013

UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Labis telah dibuka pada tahun 1999. Program ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran di kelas biasa.Pada peringkat awal ditubuhkan terdapat satu kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Pada tahun 2000 kelas Pendidikan Khas telah diubahsuai. Kelas dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu ruangan untuk sesi pembelajaran ,bilik pengurusan diri dan dapur.
Program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran yang dibuka di SMKL terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah slow learner, autisme, hiperaktif, ADHD dan masalah pertuturan. Sehingga 2008 kelas Pendidikan Khas telah dibuka sebanyak 3 kelas. Pelajarnya telah bertambah seramai 20 orang . Bilangan guru pula seramai 5 orang. Program-program yang telah dijalankan di Kelas Pendidikan Khas adalah seperti Program Transisi iaitu terdiri daripada program perkebunan,masakan,mencetak baju dan juga akademik. Program pendidikan Khas telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutama daripada pihak Pentadbir Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar.



Organisasi Pentadbiran : Unit Pendidikan Khas

PENGETUA
PENOLONG KANAN 1

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Pn Hjh. Norhaya Binti Mohd Salleh

PENYELARAS
Pn. Noorainy Binti Noh


SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLIJAWATANKUASA

MATLAMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
Kelas Pendidikan Khas pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


KONSEP
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah satu program khas yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran bagi umur 7 hingga 14 tahun (sekolah rendah) dan 14 hingga 18 tahun (sekolah menengah).


OBJEKTIF
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran membolehkan murid:

1. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian
2. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus
3. Menggunakan bahsa yang sesuai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
4. Menguasai kemahiran kognitif
5. Mengamalkan adab dan akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika mengikut tahap kebolehan individu
8. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi.


VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan pendidikan yng berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadi insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai kanak-kanak kategori :
1. Sindrom Down
2. Perkembangan Lambat
3. Celebral Palsy (ringan)
4. Terencat Akal Ringan (ringan)
5. Hiperaktif (ringan)
6. Hipoaktif (ringan)
7. Masalah Tingkah Laku (ringan)
8. Autisme Ringan
9. Masalah Emosi (ringan)
10. Penumpuan Singkat (Attention Deficit Disorder-ringan)
11. Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

pendidikan khas smk labis

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.