.

Monday, 29 July 2013

KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI

Kenapa Alif tak rehat? 
"Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya datang ke kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu." Jawab alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ini saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah. Mata saya dah berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

P/S: Boleh SHARE supaya kita dapat jadikan pengajaran dan supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi yang lebih susah di luar sana :)
  
kisah 50 sen yang menyentuh hati


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.