.

Friday 12 October 2018

FAIL PBPPP INDIVIDU

FAIL PBPPP INDIVIDU

Berikut adalah softcopy bahan kandungan lengkap fail PPB (Profil Pembangunan Profesional Berterusan).

Setiap guru perlu menyediakan satu fail untuk Profil PPB Individu Guru.

PBPPP (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan  dan pembangunan kerjaya."







Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB









B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1. Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan


C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/ Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN

F. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/ Ketua Jabatan


Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu guru-guru menyediakan fail yang terbaik.












Tuesday 18 September 2018

Modul e-Pembelajaran Sistem Pengurusan Latihan SPL KPM

Modul e-Pembelajaran Sistem Pengurusan Latihan SPL KPM

Untuk mengetahui pelbagai kursus yang ditawarkan secara atas talian oleh SPL KPM, guru-guru dan AKP boleh lah ke laman web SPL KPM. Sila klik di sini


.................................................
Updated: Frog Vle Sudah tidak diguna pakai dalam KPM sejak penghujung tahun 2019.

Objektif: Menghasilkan laman e-pembelajaran di site Frog Vle.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru².

E-SPLG KPM SMK Labis menganjurkan satu latihan pembelajaran secara atas talian (online).

Guru-guru dikehendaki menlengkapkan modul pembelajaran mengikut video yang telah disediakan.

Langkah demi langkah sudah disediakan bagi memudahkan guru² menghasilkan laman e-pembelajaran sesuai untuk satu sesi 30 minit hingga 60 minit pdpc. Di akhir kursus ini diharapkan para guru dapat menghasilkan laman e-pembelajaran di platform site Frog Vle.

Guru-guru hanya perlu mengikut langkah yang sudah ditunjukkan.

Langkah paling mudah ialah guru perlu men-download terlebih dahulu video tersebut supaya dapat gunakan kaedah PLAY & PAUSE supaya tidak ketinggalan semasa mengikuti kursus ini. Selepas memahami konsep e-pembelajaran ini, maka guru² bolehlah mengikuti kursus ini di mana-mana sahaja. Terpulang kepada guru-guru yang ingin melengkapkan tugasan ini bila dan di mana.


Selepas lengkap menghasilkan laman e-pembelajaran site frog vle, langkah terakhir ialah untuk guru-guru share kepada semua guru dan pelajar (langkah ini ada ditunjukkan di dalam video). Dengan ini, penyelaras dan SU SPLG juga akan dapat melihat hasil laman e-pembelajaran yang telah siap dihasilkan.

Saranan untuk mengikuti kursus ini adalah untuk guru-guru mencukupkan jumlah mata kredit (minimum 42) melalui kursus e-pembelajaran (maksimum 15) myPPB Sistem Pengurusan Latihan SPL KPM.

Akhir sekali, guru-guru perlu mengisi sendiri markah di bahagian aktiviti-aktiviti di dalam Modul Individu SPL KPM dan memaklumkan kepada SU SPLG untuk disahkan.
Sila ke link ini untuk berbuat demikian:


Berikut adalah link modul video kursus e-pembelajaran:

https://youtu.be/RE47LS5o1dQ






Jika ingin men-download video supaya dapat digunakan secara offline, sila ke link berikut:

https://ssyoutube.com/watch?feature=youtu.be&v=RE47LS5o1dQ






...










Wednesday 14 March 2018

ALUMNI SMK LABIS

ALUMNI SMK LABIS

Ditubuhkan pada 29 April 2018

Antara aktiviti yang dirancang ialah:

1. Menghimpunkan alumni sekolah dari awal penubuhan sekolah hingga kini.

2. Merancang aktiviti berbentuk khidmat sosial kepada masyarakat.

Borang Pendaftaran Alumni SMK Labis


Monday 5 March 2018

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ingatan mesra buat semua rakan2, anda diminta untuk membuat proses pengesahan maklumat di dalam

Sistem Guru Malaysia (SGMy)

bagi tujuan janaan nombor unik sijil guru malaysia.

Disertakan langkah-langkah untuk proses pengesahan:

1. Buka laman web:

http://sgmy.moe.gov.my

2. Pilih Modul Individu dan log in password dan id untuk Modul ini adalah sama dengan password utk SPLKPM (sila rujuk suldp masing²)

3. Semak maklumat yang terdapat di paparan SGmy dan sahkan pengakuan permohonan.

4. Setelah selesai, cetak maklumat tersebut dan berikan satu salinan kepada SULDP.

5. Pengesahan hendaklah dibuat sebelum 16 Mac 2018 bagi tujuan janaan sijil guru oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Terima kasih atas kerjasama.

(Sekadar prkongsian untuk rakan-rakan SULDP untuk dikongsikan langkah-langkah pengesahan di sekolah)

Mengikut info dari paparan SGmy, maklumat tersebut boleh ditukar melalui e operasi. Ini kerana ada link antara e operasi dgn SGMy ini.

Paparan daripada e-operasi adalah maklumat terkini, bila masuk SGMy, maklumat terkini tak ada, hanya ada paparan maklumat lama.

Info dr group suldp