.

Monday, 27 January 2020

Taklimat Google Classroom dan Pengurusan ICT 2020

Taklimat Google Classroom dan Pengurusan ICT 2020

Pengurusan EBRM atas Talian Menggunakan Platform Portal Digital Learning KPM

Aplikasi Penting yang akan digunakan ialah:

1. Portal Digital Learning KPM

2. Google Drive

3. Google Sites

Objektif penggunaan 3 aplikasi di atas:


No. 1 dan No. 2 melibatkan semua guru termasuk pentadbir.

No. 3 hanya melibatkan admin sekolah sahaja.

1. Portal Digital Learning KPM :-

a. untuk log masuk ke akaun email yang dibekalkan KPM.

b. untuk mengakses aplikasi yang disediakan KPM.

c. menerima update terkini terus daripada portal.

2. Google Drive:-

a. untuk log masuk ke google drive menggunakan email yang dibekalkan KPM.

b. untuk memuat naik fail dan folder (ada 17 folder eBRM) eBRM e-buku rancangan mengajar.

c. menyimpan dan mengemaskini 17 folder eBRM untuk tujuan persembahan bagi menggantikan buku rancangan mengajar manual (buku kulit keras) kepada e-buku tanpa cetakan dan tanpa fail (tiada hardcopy).

3. Google Sites:-

a. untuk kegunaan admin sekolah sahaja.

b. untuk menghimpunkan keseluruhan link ke google drive semua guru (akaun gmail dibekalkan oleh KPM) yang ada menyimpan 17 folder ebrm di dalam folder induk.

c. untuk menghimpunkan keseluruhan link ke folder yang spesifik link ke eRPH yang ada di dalam google drive semua guru (akaun gmail dibekalkan oleh KPM).

d. admin perlu menghimpunkan dua link penting iaitu:

1. link ke eBRM,

2. link ke eRPH.


Klik di sini untuk melihat contoh sample penggunaan eBRM e Buku Rancangan Mengajar atas talian


Berikut adalah panduan lengkap yang telah disediakan untuk penyediaan eBRM sekolah masing-masing.

Panduan eBRM

...




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.