.

Monday, 19 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan (semarak ramadhan). Antara lain program yang  berlangsung sempena Ihya' Ramadhan ini ialah Majlis Khatam al-Quran yang sudah disempurnakan pada 2 Ogos 2013 hari Jumaat bersamaan 25 Ramadhan 1434.















Tuesday, 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI WARGA SMK LABIS 2013


Salam Aidilfitri Dari Kami Warga SMK Labis 2013


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, 1 August 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA DAN TARAWEH SMK LABIS 2013

Sempena Program Ihya' Ramadhan 2013 bertepatan dengan Tema Ramadhan Bulan Amal dan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Program yang saban tahun diadakan ini.

Terima kasih kepada semua guru-guru, staf dan ibu bapa serta para pelajar  yang terlibat dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Taraweh Peringkat SMK Labis yang telah diadakan di Surau Al-Falah, SMK Labis pada 1 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434. 


Berikut adalah gambar-gambar menarik yang menunjukkan keceriaan dan semangat kerjasama dan ukhwah warga SMK Labis:

REWANG SMK LABIS 2013


 












dikemaskini oleh Hanif Menhad

Wednesday, 31 July 2013

31 Julai, Hari Pahlawan


Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hari Pahlawan disambut oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia setiap tahun, bermula daripada Ogos 1968.

Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara. Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air.
Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan.

Sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Marilah kita bertafakur dan membaca al-Fatihah sempena memperingati wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Dikemaskini oleh Hanif Menhad

sambutan hari pahlawan 2013

UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Labis telah dibuka pada tahun 1999. Program ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran di kelas biasa.Pada peringkat awal ditubuhkan terdapat satu kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Pada tahun 2000 kelas Pendidikan Khas telah diubahsuai. Kelas dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu ruangan untuk sesi pembelajaran ,bilik pengurusan diri dan dapur.
Program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran yang dibuka di SMKL terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah slow learner, autisme, hiperaktif, ADHD dan masalah pertuturan. Sehingga 2008 kelas Pendidikan Khas telah dibuka sebanyak 3 kelas. Pelajarnya telah bertambah seramai 20 orang . Bilangan guru pula seramai 5 orang. Program-program yang telah dijalankan di Kelas Pendidikan Khas adalah seperti Program Transisi iaitu terdiri daripada program perkebunan,masakan,mencetak baju dan juga akademik. Program pendidikan Khas telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutama daripada pihak Pentadbir Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar.



Organisasi Pentadbiran : Unit Pendidikan Khas

PENGETUA
PENOLONG KANAN 1

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Pn Hjh. Norhaya Binti Mohd Salleh

PENYELARAS
Pn. Noorainy Binti Noh


SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLIJAWATANKUASA

MATLAMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
Kelas Pendidikan Khas pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


KONSEP
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah satu program khas yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran bagi umur 7 hingga 14 tahun (sekolah rendah) dan 14 hingga 18 tahun (sekolah menengah).


OBJEKTIF
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran membolehkan murid:

1. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian
2. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus
3. Menggunakan bahsa yang sesuai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
4. Menguasai kemahiran kognitif
5. Mengamalkan adab dan akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika mengikut tahap kebolehan individu
8. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi.


VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan pendidikan yng berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadi insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai kanak-kanak kategori :
1. Sindrom Down
2. Perkembangan Lambat
3. Celebral Palsy (ringan)
4. Terencat Akal Ringan (ringan)
5. Hiperaktif (ringan)
6. Hipoaktif (ringan)
7. Masalah Tingkah Laku (ringan)
8. Autisme Ringan
9. Masalah Emosi (ringan)
10. Penumpuan Singkat (Attention Deficit Disorder-ringan)
11. Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

pendidikan khas smk labis

Monday, 29 July 2013

KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI

Kenapa Alif tak rehat? 
"Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya datang ke kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu." Jawab alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ini saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah. Mata saya dah berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

P/S: Boleh SHARE supaya kita dapat jadikan pengajaran dan supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi yang lebih susah di luar sana :)
  
kisah 50 sen yang menyentuh hati