.

Monday, 16 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH SEPTEMBER 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH SEPTEMBER 2013

Sila Klik Pada Tajuk Pilihan Anda:

1. Soal Selidik Guru (semua guru)

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini. Sehubungan itu, kerjasama anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Nota: 
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System  
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik

1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini.  Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2.  Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
4. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian seperti berikut:

BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital 
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru

2. Soal Selidik Murid (10 orang pelajar sahaja)


Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan dalam pembelajaran di sekolah.  Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan. Kerjasama anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Nota:
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System  
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik

1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini.  Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2.  Anda tidak perlu menjawab bagi mana-mana bahan digital yang tidak digunakan atau tiada penggunaan seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
4. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian seperti berikut:

BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid

dikemaskini oleh: Hanif Menhad

Monday, 9 September 2013

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH RUBIAH

Suasana Majlis Perpisahan Ustazah Rubiah Binti Mohamad pada Khamis, 22 Ogos 2013.

Beliau telah berkhidmat di SMK Labis sejak dari 1 Ogos 2009 - 1 Ogos 2013. Kini berpindah atas sebab keperluan perkhidmatan guru penolong agama di SMK Bandar Putra, Segamat.










Semoga berbahagia di tempat yang baru.

Kredit gambar dari Cikgu Syahrul

Monday, 19 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan (semarak ramadhan). Antara lain program yang  berlangsung sempena Ihya' Ramadhan ini ialah Majlis Khatam al-Quran yang sudah disempurnakan pada 2 Ogos 2013 hari Jumaat bersamaan 25 Ramadhan 1434.















Tuesday, 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI WARGA SMK LABIS 2013


Salam Aidilfitri Dari Kami Warga SMK Labis 2013


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, 1 August 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA DAN TARAWEH SMK LABIS 2013

Sempena Program Ihya' Ramadhan 2013 bertepatan dengan Tema Ramadhan Bulan Amal dan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Program yang saban tahun diadakan ini.

Terima kasih kepada semua guru-guru, staf dan ibu bapa serta para pelajar  yang terlibat dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Taraweh Peringkat SMK Labis yang telah diadakan di Surau Al-Falah, SMK Labis pada 1 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434. 


Berikut adalah gambar-gambar menarik yang menunjukkan keceriaan dan semangat kerjasama dan ukhwah warga SMK Labis:

REWANG SMK LABIS 2013


 












dikemaskini oleh Hanif Menhad

Wednesday, 31 July 2013

31 Julai, Hari Pahlawan


Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hari Pahlawan disambut oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia setiap tahun, bermula daripada Ogos 1968.

Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara. Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air.
Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan.

Sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Marilah kita bertafakur dan membaca al-Fatihah sempena memperingati wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Dikemaskini oleh Hanif Menhad

sambutan hari pahlawan 2013

UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK LABIS

Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Labis telah dibuka pada tahun 1999. Program ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran di kelas biasa.Pada peringkat awal ditubuhkan terdapat satu kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Pada tahun 2000 kelas Pendidikan Khas telah diubahsuai. Kelas dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu ruangan untuk sesi pembelajaran ,bilik pengurusan diri dan dapur.
Program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran yang dibuka di SMKL terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah slow learner, autisme, hiperaktif, ADHD dan masalah pertuturan. Sehingga 2008 kelas Pendidikan Khas telah dibuka sebanyak 3 kelas. Pelajarnya telah bertambah seramai 20 orang . Bilangan guru pula seramai 5 orang. Program-program yang telah dijalankan di Kelas Pendidikan Khas adalah seperti Program Transisi iaitu terdiri daripada program perkebunan,masakan,mencetak baju dan juga akademik. Program pendidikan Khas telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutama daripada pihak Pentadbir Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar.



Organisasi Pentadbiran : Unit Pendidikan Khas

PENGETUA
PENOLONG KANAN 1

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Pn Hjh. Norhaya Binti Mohd Salleh

PENYELARAS
Pn. Noorainy Binti Noh


SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLIJAWATANKUASA

MATLAMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
Kelas Pendidikan Khas pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


KONSEP
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah satu program khas yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran bagi umur 7 hingga 14 tahun (sekolah rendah) dan 14 hingga 18 tahun (sekolah menengah).


OBJEKTIF
Pendidikan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran membolehkan murid:

1. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian
2. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus
3. Menggunakan bahsa yang sesuai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
4. Menguasai kemahiran kognitif
5. Mengamalkan adab dan akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika mengikut tahap kebolehan individu
8. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi.


VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan pendidikan yng berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadi insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan sebagai kanak-kanak kategori :
1. Sindrom Down
2. Perkembangan Lambat
3. Celebral Palsy (ringan)
4. Terencat Akal Ringan (ringan)
5. Hiperaktif (ringan)
6. Hipoaktif (ringan)
7. Masalah Tingkah Laku (ringan)
8. Autisme Ringan
9. Masalah Emosi (ringan)
10. Penumpuan Singkat (Attention Deficit Disorder-ringan)
11. Lain-lain masalah pembelajaran (ringan)

pendidikan khas smk labis