SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABIS
Sejarah SMK Labis
bermula dengan tahun 1965 di mana SMK Labis pada tahun itu hanya terdiri
daripada dua blok bangunan yang telah using di atas sebidang tanah yang luasnya
hanya 3 ekar sahaja. Bangunan ini aslanya terletak di kawasan Pekan Labis,
Jalan Tenang. Namun begitu, dengan usaha yang penuh gigih dan dedikasi daripada
pengetua sekolah yang pertama iaitu Encik Long Seng Hui, pentadbiran sekolah
bertamabah maju. Bilanaga pelajar juga turut bertambah, iaitu melebihi 400
orang.
Pada tahun 1972, Encik Quek Sze Kwee telah mengambil alih
tugas sebagai pengetua. Beliau juga telah banyak member sumbangan dalam usaha
untuk memajukan sekolah dengan kerjasama daripada semua pihak.
Pada tahun 1976, SMK Labis telah dibina dikawasan Jalan
Muar. Disebabkan bilangan pelajar yang semakin ramai, permohonan untuk
mendapatkan beberapa jenis kemudahan di sekolah telah diluluskan. Di antaranya,
kemudahan bilik darjah, sebuah bilik seni perusahan, sebuah padang dan pagar
sekolah.
Pada tahun 1980, di bawah pimpinan Encik Eng Teck Hong,
bangunan Blok C ynag boleh menempatkan 12 buah bilik darjah, sebuah
perpustakaan, dua buah makmal, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik sumber dan
tandas telah dibina.
Pada tahun 1989, sekali lagu projek pembangunan untuk membina
bangunan sekolah telah siap dibina. Selain daripada itu, sebuah sudut bacaan
dan sebuah gelanggang permainan serbaguna turut dibina untuk kemudahan pelajar.
Pada 16 Februari 1991, sekolah ini telah dinaikan
tarafnya daripada gred C kepada gred B. Jawatan pengetua pada ketika itu Encik
Eng Teck Hong telah digantikan oleh Encik Ismail Bin Md Jalis. Pada tahun 1993,
sekolah ini telah dinaikan taraf kepada gred A. Jawatan pengetua kemudiannya
dipangku oleh Encik Hamidon Bin Ismail.
Pada bulan Mac 1996, Encik Mat Yusof Bin Kassim memulakan
perkhidmatannya sebagai pengetua sekolah yang baru pada ketika itu.
Pada Mac 1998, jawatan pengetua telah disandang oleh
Encik Tuan Haji Wan Abdul Samad Bin Wan Ishak, namun begitu pada tahun 2000,
jawatan ini telah disandang oleh Encik Usop Bin Dani iaitu Guru Penolong Kanan
1 merangkap Pengetua sehingga 25 Ogos 2003. Pada tahun 2000 juga, pembangunan
fzikal sekolah ini semakin bertambah. Dua buah blok baru telah dibina iaitu
Blok F dan Blok G. Bangunan baru ini menempatkan beberapa buah bilik darjah,
beberapa buah makmal yang lengkap, sebuah bilik audio-video, sebuah
perpustakaan dan sebuah bilik mesyuarat.
Pada tahun 2003, SMK Labis telah mencatatkan beberapa
sejarah, antaranya ialah memulakan sesi persekolah satu sesi dan membuka tiga
buah kelas sastera untuk Tingkatan 6 Rendah. Pada bulan Ogos 2003, jawatan
Penolong Kanan 1 merangkap Pemangku Pengetua telah diambil alih oleh Puan Noor
Hashimah Bte Haji Hassan. Beliau merupakan guru lama yang telah berkhidmat di
SMK Labis ini. Beliau dibantu dengan semua warga sekolah SMK Labis, melakukan
beberapa perubahan, antaranya adalah meningkatkan kecerian sekolah,
mengubahsuai sebuah Blok Bengkel Kemahiran Hidup menjadi sebuah surau yang
diberi nama surau ‘Al-Falah’ .Beberapa
buah kelas telah diubahsuai menjadi sebuah makmal computer. Disamping itu,
beliau amat menekankan program-program meningkatkan prestasi pencapaian pelajar
dalam bidang akademik. Pada tahun 2004, SMK Labis telah mencatat satu lagi
sejarah apabila buat pertama kalinya calon-calon STPM telah menduduki
peperiksaan. Selepas beberapa tahun sekolah ini tidak mempunyai pengetua,
jawatan ini telah diisi oleh seorang pengetua wanita yang berbangsa Cina iaitu
Cik Pee Siew Kein mulai Tahun 2005. Beliau telah mengisi jawatan pengetua yang
kosong selama 5 tahun. Cik Pee telah menunjukkan kebolehan beliau melalui
beberapa cetusan idea yang positif.pada tahun 2005 juga Sekolah Menengah
Kebangsaan Labis telah memulakan kelas Tingkatan 6Reandah aliran Sains dan
selepas itu sekolah ini mendapat anugerah Lonjakan Saujana dan Sekolah Luar
Bandar dalam keputusan peperiksaan SPM 2006.
Seluruh warg SMK Labis amat
bersyukur di atas kejayaan ini. Tanggal 28 Mac 2007, Pengetua SMK Labis telah
bersara dan tempatnya digantikan oleh Puan Hajjah Fauziah Bt Mansor. Dibawah
kepimpinan beliau, Puan Hajjah Fauziah telah meneruskan agenda pemantapan
prestasi pelajar serta perkhidmatan guru-guru SMK Labis menjadi semakin baik.
Pada 1 Februari 2008, Puan Hajjah Fauziah telah berpindah ke SMK Tenang Stesen
sebagai Pengetua, manakala kekosongan jawatan pengetua telah diisi oleh Tuan
Haji Misman Satimin. Di dawah pengurusan dan pentadbiran belia, dengan azam,
semanagat, visi dan misi sekolah yang baru beliau menyuntik idea-idea yang
baru. Antaranya pengubahsuaian bilik mesyuarat yang baru berhampiran dengan
Blok Pentadbiran. Hal ini bagi melicinkan lagi pengurusan pentadbiran SMK
Labis. Namun, belum sempat beliau mencurahkan bakti di sekolah ini, beliau
berpindah ke SMK Dato Bendara Dalam, Segamat.
Kemudian, jawatan pengetua
digantikan pula dengan Puan Hajjah Muriatun Bt Mohd Said pada tahun 2008. Di
bawah naungan beliau, budaya kerja cemerlang diterapkan dalam setiap aktiviti
mahupun program sekolah. Tetapi, beliau hanya berkhidmat sehingga pertengahan
tahun sahaja dan berpindah ke Smk Dato Bentara Dalam.
Seteh itu, jawatan pengetua di SMK
Labis telah diambil alih oleh Tuan Haji Othman
Bin A. Rahman yang merupakan pengetua SM Felcra Bukit Kepong sebelum
ini. Ketika beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau banyak menerapkan
nilai-nilai murni kepada para pelajar supaya sentiasa menghormati guru-guru dan
ibu bapa.selain itu, beliau juga seorang pengetua yang berhati lembut dan
pemurah. Sepanjang di bawah naungan beliau, prestasi keputusan SPM dan Stpm
pada tahun 2011 amat menggembirankan pihak sekolah. Tetapi, perkhidmatan beliau
di sekolah ini hanya beberapa bulan sahaja kerana beliau telah pergi meghadap
Ilahi akibat dari serangan kanser. Namun begitu, SMK Labis tidak patah semangat
dan meneruskan perjuangan mentadbir sekolah ini dengan barisan pentadbir yang
cekap dan mahir dalam hal menguruskan sekolah. Jadi, Tuan Haji Anuar Bin Embong
iaitu GPK 1 sekolah ini telah mengambil alih kuasa pengetua sebagai pemangku
pengetua. Setelah itu, selang beberapa bulan, SMK Labis menerima seorang
pengetua baru dari SMK Muar iaitu Tuan Haji Amat Paijan Bin Saruwal.
Perkhidmatan beliau disekolah ini masih lagi baru dan diharap beliau dapat
menjalankan tugassnya sebagai pengetua sekolah dengan baik sekali. Akhir kata,
semoga sekolah ini akan terus cemerlang dan terbilang dengan mempunyai pelajar
yang berdisplin serta dapat menimba ilmu untuk mencapai cita-cita dengan
bantuan daripada para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Labis ini.
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Labis
adalah merupakan satu usaha berterusan bagi mewujudkan pelajar yang seimbang
dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepada potensi individu
selaras dengan konsep perpaduan, perkhidmatan penyayang, sekolah penyayang,
budaya ilmu, budaya cemerlang, dan permuafakatan berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan insane yang berpengetahuan, berakhlak
mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, amanah dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri kearah pengisian wawasan pendidikan secara murni dan luhur
bagi memenuhi keperluan masyarakat dan Negara.
MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat Sekolah
Menengah Kebangsaan Labis adalah :
- · Prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan awam pada tahap yang cemerlang.
- · Prestasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada tahap yang cemerlang.
- · Sahsiah dan disiplin kendiri pelajar adalah pada tahap yang cemerlang.
- · Iklim persekitaran sekolah adalah pada tahap ceria, bersih dan selamat.
- · Pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap yang berkualiti dan berkesan.
VISI
Visi Sekolah Menengah
Kebangsaan Labis adalah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Labis Menjadi Sekolah
Terunggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Misi Sekolah Menengah
Kebangsaan Labis adalah :
Mengurus Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal
Insan Cemerlang Melalui Penggemblengan Sumber Secara Optimum
PIAGAM PELANGGAN SMKL
Kami selaku warga
pendidik SMKL berjanji untuk :
·
Mendidik,
membimbing dan member perangsang kepada para pelajar dengan penuh rasa
tanggungjawab, dedikasi dan mesra.
·
Bekerjasama
menerima idea dan pandangan serta bertindak segera untuk memenuhi kehendak
pelanggan.
·
Sentiasa boleh
dihubungi dan melayan pelanggan dengan berhemah.
·
Bekerjasama
melaksanakan segala arahan daripada kerajaan demi untuk kemajuan bidang
pendidikan.
LENCANA SMK
LABIS
MOTTO
Otak Cerdas di Badan Sihat
WARNA
Hijau, Perang, Kuning dan Putih
TAFSIRAN
Lencana ini telah menggunakan bentuk bujur buah kelapa
sawit sebagai bentuk asasnya.
Bentuk mata pena yang menghala kea rah atas
menggambarkan kepentingan ilmu pengetahuan.
Bentuk daun getah yang berwarna hijau dan pelepah
kelapa sawit berwarna perang membawa maksud latar belakang sekolah ini yang
dikelilingi pokok-pokok getah yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
Warna kuning pula membawa maksud masa hadapan yang
gemilang.
Warna putih diantara daun getah dan kelapa sawit
member erti kesucian jiwa dan nilai-nilai murni yang perlu dijadikan sebagai
amalan untuk mencapai kecermelangan hidup.
IKRAR PELAJAR
Kami pelajar SMKL dengan penuh kesedaran mengaku
bahawa kami
bertanggungjawab mewujudkan budaya sekolah yang
positif,
meninggikan imej dan prestasi SMKL,
mencapai dasar dan objektif SMKL iaitu
kecermelangan akademik dank o-kurikulum.
Dengan ini, kami berikrar bahawa kami
akan mengamalkan, menghayati dan menjiwai
prinsip-prinsip rukun negara,
mematuhi peraturan kementerian dan sekolah.
Menghormati masyarakat sekolah, pekerja, guru,
pelajar, pelawat dan pentadbir.
Berjasa setiap masa.
Belajar bersungguh-sungguh dan aktif dalam
kegiatan-kegiatan SMKL.
Sesungguhnya, inilah ikrar kami selama kami menuntut
di
Sekolah Menengah Kebangsaan Labis.
BENDERA SEKOLAH
Bendera SMK Labis ini telah direka khas pada tahun
1982. Bendera ini berukuran 160 cm x 95 cm. Pada bendera ini terdapat tiga
jalur iaitu dua jalur berwarna hijau dibahagian atas dan bawah dan jalur
berwarna jingga dibahagian tengah bendera. Jalur warna hijau melambangkan
kesuburan akhlak dalam kalangan pelajar, manakala jalur berwarna jingga pula
melambangkan semangat pelajar yang membara. Ketiga-tiga jalur ini mempunyai
saiz yang sama dan membawa maksud kepada setiap individu perlu memainkan
peranan yang sama penting demi menjaga kemajuan sekolah. Di tengah bendera pula
di letakkan lambang lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Labis pada tengah
bendera tersebut.
LAGU SEKOLAH
Bersama kita semua
Tekad bersatu hati
Harmoni jadi amalan
Asa untuk kejayaan
Otak cerdas di badan sihat
Itulah cogan kita
Marilah kita tepati
Disiplin ditingkatkan
Inilah janji kami
Pelajar SM Labis
Demi ibu pertiwi
Maju dan terus Berjaya
Maju dan terus berjaya
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.